Showing posts with label Koleksi Hantaran. Show all posts
Showing posts with label Koleksi Hantaran. Show all posts
10 May 2010
Cup Cake ( Hantaran Perkahwinan )
Cup cake ini ditempah oleh kawan baik saya Wana (www.ilhambeads.blogspot.com) untuk hantaran anak saudaranya dua bulan yang lepas. Tema untuk hantaran ini berwarna hijau di sediakan di dalam casing gelas berkaki yang lutsinar.
Cup cake berasaskan sponge cake chocolate ini disaluti dengan butter cream dan di sekelilingnya dihiasi dengan manik berwarna keemasan untuk penambah seri. Di bahagian tengahnya terdapat sekuntum bunga mawar fondant putih berdaun hijau gelap.
Close up di bahagian atas..... Harga untuk tempahan cup cake ini ialah RM 5.00 / pc. Minimum order sebanyak 12 pcs......Tempahan masih dibuka untuk cuti sekolah bulan Jun akan datang.....bagi sesiapa yang mengadakan majlis perkahwinan atau pertunangan semasa cuti sekolah ini.....bolehlah buat tempahan sekarang...
2 Jan 2010
Moist Cake




Tak sah kalau penggemar coklat tak berbicara tentang kek yang satu ni, moist cake (chocolate).
Resepi yang kaya dengan limpahan coklat ni boleh bangkitkan selera penggemar coklat.
Disaluti dengan lapisan coklat yang 'kaya' (rich) tak siapa mampu menolak, belum sempat hidang dah teransang dek keenakan coklat moist cake ni. Harga dari RM 35 sekilo ( plain tanpa deco ) hingga RM 50 sekilo ( penuh dengan deco + bunga ).
Kegemaran rata-rata pelanggan kami!
Update : Agar-agar hantaran bentuk "Love"
Agar-agar hantaran bentuk "Love"..Harga 1 set = RM80




Variasi bentuk dengan penambahan visual 'hati'(love) amat sesuai dipadankan dengan majlis yang berkaitan cinta- samada majlis pertunangan, perkahwainan, ulang tahun, atau sesama keluarga.
Impak visual tak terhad pada mata. Malah menjangkaui hati kita. Cuba anda bayangkan kekasih hati anda, datang dengan kek berbentuk bulat dan 'hati'. Mana satu pilihan anda?
tentunya kek yang sampai'jiwa'nya kepada anda.
Maksud saya,kek yang menyampaikan 1001 rasa hati pemberi kek.
Mekar Kasih bersama yang tercinta.
Terima Kasih!
Agar-Agar Untuk Hantaran
Agar-agar untuk hantaran.




Agar-agar ini sengaja kami reka agar berbeda dengan konsep agar-agar sedia ada. Anda bakal disajikan dengan beberapa lapisan enak agar-agar yang amat sesuai dengan majlis yang melibatkan saudara mara dan jemputan yang ramai. Harga agar-agar seperti ini RM 80 sahaja.
Setiap lapisan adalah unik. Kami juga menghiasnya mengikut citarasa dan kemahuan anda agar majlis anda diingati sepanjang tahun!
Sebarang pertanyaan ajukan kepada kami melalui maklumat di sebelah kiri blog ini.
Terima Kasih!
1 Jan 2010
Kek Steam Butter Cream
Wedding kek 3 tier Steam Butter Cream yang ditempah oleh Pak Abu, bersempena perkahwinan anak perempuannya....Harga untuk sekilo RM 70 aje. Macam Pak Abu order ni 4 kg,2 kg dan yang paling atas 1 kg. Total 7 kg semuanya. Belum habis majlis dah habis dimakan. Kesian Pak Abu tak sempat rasa. Walau bagaimanapun lain kali kita buatkan lagi. Itu pun kalau Pak Abu yang kahwin.........

lagi steam butter cream cake...

lagi steam butter cream cake...Nampak macam kek fondant, tapi lembut selembut sutera.



31 Dec 2009
Kek Anyaman Butter Cream
Hantaran Anggur Chocolate
30 Dec 2009
Update : Hantaran Kek Lapis
Kek Lapis Anyam dengan Net Casing & Fondant Flower cuma RM 160 sahaja..

Kek Lapis Anyam (dengan Fondant Flower RM 120) (tanpa Flower RM100)
-(without-Flower-RM100-).jpg)
29 Dec 2009
Hantaran Kek Lapis Anyam
Tempahan kek lapis Anyaman daripada Anal n Ani...Selamat bertunang!!! Jom layan gambar-gambar kek lapis yang sempat di snap...Harga Kek Lapis Anyaman bersama bunga fondant RM 120. Saiz kek lapis ni 8x8 inci. Kalau nak tambahan gubahan bisa diatur.............

28 Dec 2009
Agar-agar Campuran
Hantaran untuk majlis bertunang adik saya bulan 6 lepas...Agar-agar campuran.Agar-agar campuran ni terdiri daripada campuran pelbagai buah-buahan seperti manggis, jagung, cili, terung, strawberry dan carrot...percubaan sy yang pertama...n nasib baik adeq suke, nak makan pun jadi sayang...hehehe.. Harga satu set dengan Sugar Box ni RM 80 aje.

Pandangan hadapan

Close up sikit...

Terima Kasih!
Subscribe to:
Posts (Atom)