10 May 2010

Cup Cake ( Hantaran Perkahwinan )


Cup cake ini ditempah oleh kawan baik saya Wana (www.ilhambeads.blogspot.com) untuk hantaran anak saudaranya dua bulan yang lepas. Tema untuk hantaran ini berwarna hijau di sediakan di dalam casing gelas berkaki yang lutsinar.



Cup cake berasaskan sponge cake chocolate ini disaluti dengan butter cream dan di sekelilingnya dihiasi dengan manik berwarna keemasan untuk penambah seri. Di bahagian tengahnya terdapat sekuntum bunga mawar fondant putih berdaun hijau gelap.




Close up di bahagian atas..... Harga untuk tempahan cup cake ini ialah RM 5.00 / pc. Minimum order sebanyak 12 pcs......Tempahan masih dibuka untuk cuti sekolah bulan Jun akan datang.....bagi sesiapa yang mengadakan majlis perkahwinan atau pertunangan semasa cuti sekolah ini.....bolehlah buat tempahan sekarang...



1 comment:

Sis Lin said...

berkenan sgguh dgn bekas nya tuh..cntik... :)