10 May 2010

Kek Chocolate Moist Untuk Hantaran


Kek ini ditempah pada bulan lepas oleh member setempat kerja di Singapore. Dengar ceritanya pengantin wanita ni sepupu dengan seorang keturunan ke 7 Mahsuri yang bernama Aishah ( pernah di hebahkan di media beberapa tahun lepas ) wallahualam......


Chocolate moist cake ini di hiasi dengan bunga fondant berwarna oren/putih dan di lilit dengan renda berwarna peach/gold seberat 2 kg. 


Kek ini di tempah bersama kotak hantaran yang dihiasi dengan renda sedondon dengan tema   warna hantaran. Di setiap bucu kotak di hiasi dengan rama-rama hiasan.....


Di atas bunga fondant terdapat sepasang burung merpati sejoli sebagai hiasan tambahan. Harga kek ini termasuk kotak dan hiasan ialah RM 150 sahaja. Jika harga kek sahaja tanpa kotak berharga RM 120. Kek ini di buat untuk hantaran ke negeri Pahang. Walaupun bersalut coklat, tapi boleh tahan lama lebih kurang seminggu di dalam suhu bilik....


1 comment:

tratemarq said...

lama ye tahan choc moist ni...yummuy...!!