10 Feb 2011

Customized Chocolate Gift

Berkat berbentuk chocolate bar ini dibuat khas untuk majlis harijadi anak ke-3, Muhammad Aidil Haqimi yang mempunyai 2 jenis design untuk pembalut chocolatenya. Chocolate milk yang bermutu tinggi bersama biji badam bakar di adun di dalam acuan berukuran 8cm x 4cm x1cm khas untuk pengunjung majlis harijadi yang di iringi dengan majlis bacaan yasin dan doa selamat. Chocolate berkat ini sesuai untuk pelbagai jenis majlis bergantung kepada kehendak dan kesesuaian majlis itu sendiri. Boleh ditempah 2 minggu sebelum majlis, design dan gambar boleh di paparkan pada pembalut atas tanda terima kasih kepada pengunjung. Dengan harga RM 2.00 sekeping dan minimum order sebanyak 50 keping, mampu membuat pengunjung terkenang memori majlis tersebut. Untuk maklumat lebih lanjut, sila ke website khas untuk chocolate gift Rizzies Bakery House di www.myautonetwork2u.ws/home.html.

Kimi Bersama Bugs Bunny Sempena Tahun Arnab

Tema Warna Purple

Disusun Indah Untuk Pengunjung

Bunny & Kimi

Enak Dan Menarik

2 comments:

Sarima said...

salam,

kalau nak order chocolate wrapping tu jer boleh ker?

Admin said...

boleh....tapi takut saiz tak ngam..