9 May 2012

Pengedar Kek Kukus Diperlukan........

Salam.... Alhamdulillah... Rizzies Bakery berjaya melangkah setapak lagi dalam mengeluarkan produk terbaru yang sebenarnya tak lah berapa nak baru sangat...Ia merupakan produk yang hot bagi kalangan pelanggan saya...hehehe... Yang barunya sebab saya dah pelbagaikan jenis kek kukus saya ni dan ada packaging khas untuk kek kukus tu... 
Dengan rasa penuh berbunga - bunga ni, saya nak selit sekeping gambar kek kukus yang telah siap untuk dihantar kepada   pelanggan yang tak jemu - jemu menyokong usaha murni saya ni...
Saya nak cerita serba sikit tentang kek kukus ni terdapat dalam 4 jenis... Selain daripada bahan basic iaitu buah - buahan campuran ada 4 jenis bahan makanan yang berteraskan makanan sunnah Nabi seperti Habbatus Sauda, Kismis, Kurma dan Buah Tin... Sebenarnya saya mendapat ilham untuk membuat kek kukus berteraskan makanan sunnah Nabi ni semasa menunaikan umrah yang lalu... Saya terfikir - fikir produk apa yang paling sesuai untuk saya "mix"kan bersama bahan - bahan makanan tersebut... Fikir punya fikir maka, ini lah hasilnya... Coleteh panjang - panjang kang you allzzz bohsan lak kan??? Jomm Layanzzz pic kat bawah ni...


Saya amat berbesar hati dengan sambutan yang amat baik daripada para pelanggan sekalian... Jutaan terima kasih yang tak terhingga daripada saya di atas segala sokongan anda semua... Bagi yang berminat untuk menjadi pengedar bagi kek kukus ini amatlah saya alu - alukan...
Muaaahhhh....
Wassallam.... Jumpa lagi di entry yang akan datang yer....






2 comments:

MaMa sYahMi said...

Assalamualaikum...tertarik dgn makanan2 yg ada dlm blog nih, nak tanya..klu berminat nak jadi pengedar kek kukus mcm mana?

Cheetah said...

salam, berapa harga kek kukus tu ya? ada tak kek kukus yang plain (takda buah2an)? Hehe