Salam Sejahtera!
Pelawat yang kami hormati,
Bagi tujuan tempahan dan pembayaran produk kami, anda boleh menghubungi kami terus di talian 0137785875 / 0177575900 ( anda boleh sms jika kami agak sibuk dengan tempahan) atau e mailkan kepada kami di rizdesniper@yahoo.com.sg.
Kami amat berbesar hari sekiranya anda mengikuti beberapa perkara ini bagi menjamin kualiti tempahan anda.
- Transaksi adalah dalam matawang Ringgit Malaysia atau Dollar Singapura.
- Untuk mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini, mohon anda menghantar tempahan seawal 7 hari sebelum tarikh pengambilan.
- Tempahan segera ( urgent ) boleh diterima sekiranya cukup bahan dan sekiranya stok masih ada.
- Kami menerima tempahan kek lapis, marble / rainbow dan muffin berkat dari seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Singapura.
- Bagi kek berkrim dan mudah rosak, kami menerima tempahan dari kawasan Johor Bahru dan Singapura.
- Tempat penghantaran ( pick-up point ) untuk sebarang transaksi ialah seperti berikut:
Kawasan Johor Bahru : - JUSCO BUKIT INDAH, TESCO BUKIT INDAH
Singapura : - KRANJI MRT STATION ( malam atau hari minggu sahaja )
Deposit sebanyak 50% diperlukan untuk sebarang confirm order. Deposit hendaklah dibayar secara tunai atau cash deposit ke akaun Maybank SHAHRIZAL BIN SALLEH - 158118046770 ( MALAYSIA ) atau akaun POSB - 009-74743-5 ( SINGAPURA ).
Kepada pelanggan yang diluar kawasan, pihak kami akan mengaturkan penghantaran melalui courier service atau penghantaran melalui bas ekspress dan kos penghantaran akan dibayar oleh pelanggan.
Bagi pelanggan dari Singapura, GST sebanyak 7% akan ditanggung oleh pelanggan dan tiada kos tambahan / penghantaran dikenakan sekiranya berurusan di pick-up point pada masa yang ditetapkan. Harga akan dinilai bergantung kepada tukaran wang semasa.
Kami mengalu-alukan sebarang pertanyaan dan maklumat yang ingin Anda ketahui dari kami.
Admin,
Rizzies Bakery House.
~ The Bakery, Cakes and Cookies under one roof