10 May 2010

Kek Chocolate Moist Untuk Hantaran


Kek ini ditempah pada bulan lepas oleh member setempat kerja di Singapore. Dengar ceritanya pengantin wanita ni sepupu dengan seorang keturunan ke 7 Mahsuri yang bernama Aishah ( pernah di hebahkan di media beberapa tahun lepas ) wallahualam......


Chocolate moist cake ini di hiasi dengan bunga fondant berwarna oren/putih dan di lilit dengan renda berwarna peach/gold seberat 2 kg. 


Kek ini di tempah bersama kotak hantaran yang dihiasi dengan renda sedondon dengan tema   warna hantaran. Di setiap bucu kotak di hiasi dengan rama-rama hiasan.....


Di atas bunga fondant terdapat sepasang burung merpati sejoli sebagai hiasan tambahan. Harga kek ini termasuk kotak dan hiasan ialah RM 150 sahaja. Jika harga kek sahaja tanpa kotak berharga RM 120. Kek ini di buat untuk hantaran ke negeri Pahang. Walaupun bersalut coklat, tapi boleh tahan lama lebih kurang seminggu di dalam suhu bilik....


Cup Cake ( Hantaran Perkahwinan )


Cup cake ini ditempah oleh kawan baik saya Wana (www.ilhambeads.blogspot.com) untuk hantaran anak saudaranya dua bulan yang lepas. Tema untuk hantaran ini berwarna hijau di sediakan di dalam casing gelas berkaki yang lutsinar.



Cup cake berasaskan sponge cake chocolate ini disaluti dengan butter cream dan di sekelilingnya dihiasi dengan manik berwarna keemasan untuk penambah seri. Di bahagian tengahnya terdapat sekuntum bunga mawar fondant putih berdaun hijau gelap.




Close up di bahagian atas..... Harga untuk tempahan cup cake ini ialah RM 5.00 / pc. Minimum order sebanyak 12 pcs......Tempahan masih dibuka untuk cuti sekolah bulan Jun akan datang.....bagi sesiapa yang mengadakan majlis perkahwinan atau pertunangan semasa cuti sekolah ini.....bolehlah buat tempahan sekarang...



11 Mar 2010

Fruit Tart




Fruit tart ini diperkaya dengan kastard yang enak dan dilitupi dengan hirisan strawberry, buah peach dan kiwi. Saiz standard untuk fruit tart ini berukuran lebih kurang 2 inci dan berharga RM 2.50. Minimum order untuk fruit tart adalah 30pcs. Amat sesuai untuk hidangan majlis sambutan hari jadi atau hidangan pengantin.

16 Feb 2010

Pizza





Pizza ini ditempah oleh ketua jururawat wad 6 Hospital Sultan Ismail 2 minggu lepas
sebanyak 10 set. Terdapat 4 jenis pizza yang bersaiz standard 10 inci, ayam, daging, seafood dan vegetarian. Harga untuk vegetarian RM 15 dan yang lain RM18. Tempahan untuk pizza perlu dibuat seminggu awal dan order minimum sebanyak 5 set.

6 Jan 2010

Blueberry Cheese Tart



Blueberry Cheese Tart - terhangat di pasaran...







Nak lagi gambar tartlet? Nantikan gambar2 lain yang akan kami upload...tunggu..

3 Jan 2010

Kaedah Pembayaran



Salam Sejahtera!


Pelawat yang kami hormati,

Bagi tujuan tempahan dan pembayaran produk kami, anda boleh menghubungi kami terus di talian 0137785875 / 0177575900 ( anda boleh sms jika kami agak sibuk dengan tempahan) atau e mailkan kepada kami di rizdesniper@yahoo.com.sg.

Kami amat berbesar hari sekiranya anda mengikuti beberapa perkara ini bagi menjamin kualiti tempahan anda.
  • Transaksi adalah dalam matawang Ringgit Malaysia atau Dollar Singapura.
  • Untuk mengelakkan sebarang masalah yang tidak diingini, mohon anda menghantar tempahan seawal 7 hari sebelum tarikh pengambilan.
  • Tempahan segera ( urgent ) boleh diterima sekiranya cukup bahan dan sekiranya stok masih ada.
  • Kami menerima tempahan kek lapis, marble / rainbow dan muffin berkat dari seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Singapura.
  • Bagi kek berkrim dan mudah rosak, kami menerima tempahan dari kawasan Johor Bahru dan Singapura.
  • Tempat penghantaran ( pick-up point ) untuk sebarang transaksi ialah seperti berikut:

Kawasan Johor Bahru : - JUSCO BUKIT INDAH, TESCO BUKIT INDAH

Singapura : - KRANJI MRT STATION ( malam atau hari minggu sahaja )

  • Deposit sebanyak 50% diperlukan untuk sebarang confirm order. Deposit hendaklah dibayar secara tunai atau cash deposit ke akaun Maybank SHAHRIZAL BIN SALLEH - 158118046770 ( MALAYSIA ) atau akaun POSB - 009-74743-5 ( SINGAPURA ).
  • Kepada pelanggan yang diluar kawasan, pihak kami akan mengaturkan penghantaran melalui courier service atau penghantaran melalui bas ekspress dan kos penghantaran akan dibayar oleh pelanggan.
  • Bagi pelanggan dari Singapura, GST sebanyak 7% akan ditanggung oleh pelanggan dan tiada kos tambahan / penghantaran dikenakan sekiranya berurusan di pick-up point pada masa yang ditetapkan. Harga akan dinilai bergantung kepada tukaran wang semasa.

Kami mengalu-alukan sebarang pertanyaan dan maklumat yang ingin Anda ketahui dari kami.

Admin,
Rizzies Bakery House.
~ The Bakery, Cakes and Cookies under one roof

2 Jan 2010

Update : Agar-agar Cendol




Seunik namanya, agar-agar cendol ini amat sesuai bagi penggemar cendol yang mahukan mengabadikan keenakkan cendol dalam apa jua majlis.

Anak-anak cukup suka, terutamanya dihidangkan masa tengahari (sementara tunggu lunch) atau masa minum kopi petang-petang.

Teringat masa di kampung petang-petang bersama ibu bapa sambil meneguk secangkir kopi...


Sample Packaging

Hi, Salam Sejahtera.


Hari ni kami membawakan anda, bagaimana visual pembungkusan produk Rizzies Bakery House.
Ini adalah tempahan kami sepanjang 2 minggu lepas.


Kami sedar, kualiti satu produk amat kritikal pada masa produk itu siap dan dibungkus kepada pelanggan. Bagi memastikan kesegaran produk kami, kami membungkusnya seberapa hampir dengan tarikh siap agar keenakan dari oven dapat dirasai oleh pelanggan kami.


Packaging untuk kek marble..







Packaging untuk pelbagai kek lapis



Terima Kasih!

Moist Cake



















Yang ini bentuk buku. Sesuai untuk majlis harijadi anak-anak sebagai penggalak untuk mereka belajar..........





Tak sah kalau penggemar coklat tak berbicara tentang kek yang satu ni, moist cake (chocolate).
Resepi yang kaya dengan limpahan coklat ni boleh bangkitkan selera penggemar coklat.

Disaluti dengan lapisan coklat yang 'kaya' (rich) tak siapa mampu menolak, belum sempat hidang dah teransang dek keenakan coklat moist cake ni. Harga dari RM 35 sekilo ( plain tanpa deco ) hingga RM 50 sekilo ( penuh dengan deco + bunga ).

Kegemaran rata-rata pelanggan kami!


Pelbagai Kek Harijadi



Pelbagai pilihan kek harijadi....