10 Feb 2011

Customized Chocolate Gift

Berkat Perkahwinan Ana & Saiful

Chocolate gift ini ditempah khas oleh Cik Farhana untuk hari perkahwinannya pada 5 Februari 2011 sejumlah 2000 pcs. Pembalut chocolate ini direka berdasarkan permintaan Cik Farhana iaitu bertemakan color purple pink serta kerawang berwarna emas dengan gambar pengantin bersama pasangannya sebagai berkat tanda terima kasih beliau kepada tetamu yang hadir di majlis perkahwinannya. Chocolate gift ini juga bersesuaian untuk gift birthday, hari perayaan, atau majlis keramaian. Chocolate di dalamnya mengandungi biji badam bakar yang rangup serta milk chocolate yang bermutu. Harga untuk sekeping chocolate bar ini adalah RM 2.00 sahaja bersaiz 8cm x 4cm x 1cm. Untuk tambahan gambar dan customized design, bayaran sebanyak RM 30.00  dikenakan sebagai charge artwork. Minimum order sebanyak 50pcs dan penghantaran ke seluruh Malaysia melalui courier servis atau pos laju. Untuk customer di Singapura, penghantaran by hand di Kranji MRT station atau mana-mana pick-up point yang sesuai. Untuk lebih detail, sila layari www.myautonetwork2u.ws/home.html.


Chocolate Gift Yang Telah Disusun Untuk Majlis Ana


Pembalut Chocolate Warna Purple Pink Dengan Gambar Mempelai

Customized Chocolate Gift

Berkat berbentuk chocolate bar ini dibuat khas untuk majlis harijadi anak ke-3, Muhammad Aidil Haqimi yang mempunyai 2 jenis design untuk pembalut chocolatenya. Chocolate milk yang bermutu tinggi bersama biji badam bakar di adun di dalam acuan berukuran 8cm x 4cm x1cm khas untuk pengunjung majlis harijadi yang di iringi dengan majlis bacaan yasin dan doa selamat. Chocolate berkat ini sesuai untuk pelbagai jenis majlis bergantung kepada kehendak dan kesesuaian majlis itu sendiri. Boleh ditempah 2 minggu sebelum majlis, design dan gambar boleh di paparkan pada pembalut atas tanda terima kasih kepada pengunjung. Dengan harga RM 2.00 sekeping dan minimum order sebanyak 50 keping, mampu membuat pengunjung terkenang memori majlis tersebut. Untuk maklumat lebih lanjut, sila ke website khas untuk chocolate gift Rizzies Bakery House di www.myautonetwork2u.ws/home.html.

Kimi Bersama Bugs Bunny Sempena Tahun Arnab

Tema Warna Purple

Disusun Indah Untuk Pengunjung

Bunny & Kimi

Enak Dan Menarik

Kek Perkahwinan 3 Tingkat

Kek 3 tier ini ditempah oleh seorang kenalan di Singapore pada bulan November 2010 yang lepas untuk perkahwinan anak saudaranya. Keistimewaan pada kek ini ialah, kek di dalamnya terdiri daripada kek lapis chocolate, lapis blueberry dan lapis prune. Kombinasi kek lapis ini dihiasi dengan hamparan steam butter cream berwarna putih dan berbunga merah menyerikan lagi ruangan hadapan pelamin mempelai dari Yew Tee, Singapore. Set ini dihias seawal jam 8 pagi hingga ke majlis makan berdamai untuk tatapan pengunjung. Berat keseluruhan kek ini dianggarkan melebihi 7 kilogram dan berharga  RM 120 untuk setiap kilo kek edisi lapis steam butter cream.
 
Kek 3 Tier Menghiasi Persada Pelamin

1st Tier Dengan Kek Lapis Chocolate Di Dalamnya

2nd Tier Dengan Kek Lapis Blueberry Di Dalamnya

3rd Tier Dengan Kek Lapis Prune Di Dalamnya

Kek Perkahwinan Saiful & Ana

Set kek perkahwinan ini ditempah khas oleh Cik Farhana dari Taman Scientex, Kulai, Johor pada 5 Februari 2011 yang lalu. Kombinasi cup cake dan kek steam butter cream ini menghiasi ruangan main table bertemakan warna bunga pink purple berasaskan hamparan berwarna putih dan dihiasi di atas kek stand 3 tingkat transparent. Di tingkat pertama dan kedua disusun dengan 38 biji cup cake berasaskan warna purple lembut berbunga pink dan merah manakala di tingkat atas dengan kek steam butter cream berperasa chocolate diisi dengan wild blueberry yang enak dihiasi dengan bunga fondant berwarna pink, purple dan merah. Berat keseluruhan kek ini dianggarkan lebih kurang 5 kilogram dan berharga RM 350.


Kek Steam Butter Cream Hamparan Putih Berbunga Fondant
Kombinasi Hiasan Kek Dan Cup Cake Di Hadapan Main Table